Friday, 9 February 2018

RESIPI MARBLE MOIST CAKE

I've been try so many recipe, and this is the best.. bila makan boleh rasa kek ni lembab sangat... tak kering.. tak melekat di tekak bila jamah.. 

So lets try... guna warna yg lembut-lembut akan buatkan kek hampa lagi cun... good luck korang... 

Bahan-bahan :
250g butter
1 cawan gula castor
2 cawan  tepung naik sendiri
1 sdt serbuk penaik
5-6 biji telor gred A
1 sdt esen vanila
2 sdb susu pekat

Cara membuat :
1. Pukul butter hingga hampir kembang dan masukkan gula castor. Pukul hingga kembang.
2. Masukkan susu pekat dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telor sebiji demi sebiji dan yang terakhir pukul hingga sebati. Behenti menggunakan mixer.
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit demi sedikit menggunakan kaedah kaup dan balik.
5. Bahagikan adunan sama rata dan warnakan mengikut kesukaan masing- masing. Saya guna warna yang lembut jer
6.Panaskan oven dan sediakan tempat pembakar yang dilapik dengan baking paper dan sapu dengan marjerin dalam acuan.
7. Masukkan ke dalam oven selepas 10 minit dipanaskan. Saya gunakan 170 darjah celcius.
8. Bakar selama 50-60 minit mengikut kepanasan oven masing-masing


Ni versi sebelum bakaq


Ni versi lepas bakaq

No comments:

Post a Comment